Lokasi
Dalam Daerah Kota Tinggi , Zon Sedili dan Dalam Wilayah Johor Bahru, 36 kilometer ke Bandar Kota Tinggi dan 60 kilometer dari Ibu Negeri.
Latar Belakang
Mula dimajukan pada tahun 1974/75, Bagi peringkat 1 & 2 Pada tahun 80/81 bagi peringkat 3. Luas Ladang 2298.91 Hektar, Luas Kampung pula 154.00 Hektar sebagai penempatan. Bilangan Peneroka seramai 572 dan jumlah anak peneroka pula 2867 orang.
Persatuan Belia S.U.M.BER Felda Simpang Wa Ha ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ), yang mula di cetuskan secara tidak rasmi oleh seorang peneroka pada awal tahun 1987. Di gerakkan sebagai memenuhi aspirasi generasi muda akibat ketiadan persatuan belia bagi mengadakan aktiviti di kawasan perkampungan Felda Simpang Wa Ha.
Persatuan Belia S.U.M.BER Felda Simpang Wa Ha didaftar secara sah pada 10 Mac 1987 dan mendapat sijil pendaftaran daripada pendaftar pertubuhan dengan nombor bilangan pendaftaran 1844/87 ( Johor ) yang beralamat Persatuan Belia Semangat Usaha Maju Berjaya Felda Simpang Wa Ha 81907 Kota Tinggi Johor. Bagi memenuhi hasrat sebuah persatuan belia yang aktif Jawatankuasa Persatuan Belia berusaha merebut segala peluang dan merencana segala aktiviti masa hadapan serta mengumpul janaan kekuatan sumber manusia, ekonomi mahupun daya intelektual dan kreativiti. Persatuan Belia S.U.M.BER Felda Simpang Wa Ha merupakan ahli dalam gabungan Majlis Belia Daerah Kota Tinggi dan Majlis Belia Felda. Justeru itu, persatuan sentiasa menyokong penuh serta sering menyertai program yang di jalankan oleh Majlis Belia Daerah Kota Tinggi dan Majlis Belia Felda. Bermula dengan keahlian yang kecil ketika itu, kini Persatuan telah mempunyai keahlian seramai 215 orang dan mempunyai pejabat sendiri untuk menguruskan segala rekod-rekod dan program secara terancang sehingga kini. Persatuan telah membuat pelaburan di koperasi permodalan Felda sebanyak RM 1,200.00 dan memperolehi dividen tahunan yang membolehkan persatuan berdikari dalam melaksanakan program yang di rancang. Dengan peredaran masa yang begitu pantas. Persatuan menyahut seruan untuk menyertai pertandingan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Kota Tinggi, Peringkat Negeri Johor dan berjaya ke Peringkat Kebangsaan yang juga merupakan kali pertama Persatuan Belia S.U.M.BER Felda Simpang Wa Ha menyertai pertandingan tersebut.
Misi dan Visi
1. Untuk menyatukan Belia yang berumur 16 tahun hingga 40 tahun dikawasan Felda Simpang Wa ha Kota Tinggi Johor
2. Memperbaiki Rohani dan Jasmani serta menginggikan akhlak dan ikhtisad terhadap ahli-ahli pertubuhan
3. Memperbaiki semangat persahabatan dan persefahaman diantara ahli-ahli dengan tidak mengira bangsa dan agama.
4. Menggalakan Belia bertanggungjawab didalam hal-ehwal tata rakyat dan kemasyarakatan dengan mengambil peranan yang berguna dalam masyarakat.
5. Menanam semangat kasih sayang dan setia pada Negara.
6. Mengambil bahagian didalam Rancangan Pembangunan, Kebajikan, Kebudayaan, Sukan, Ekonomi, Perusahaan, Peniagaan dan lain-lain yang difikirkan akan memberi faedah kepada masyarakat, ahli-ahli dan Pertubuhan.
7. Dibenarkan memiliki Harta bagi kepentingan ahli dan Pertubuhan dengan tidak melanggar undang-undang Kerajaan dan Perlembagaan Pertubuhan.
Maklumat Ringkas
NAMA PERSATUAN PERSATUAN BELIA S.U.M.B.E.R
NO.PENDAFTARAN 1844/87
RUJUKAN PPM/J 1145/85(11)
RUJUKAN PPP/J 87/85
ALAMAT D/A/ JKKR, FELDA SIMPANG WA HA 81907 KOTA TINGGI, JOHOR
ZON SEDILI
WILAYAH JOHOR BAHRU
DAERAH KOTA TINGGI
BILANGAN AHLI 215 (2006)
MUKIM SEDILI, JOHOR
DUN N-63 / SEDILI
PARLIMEN P-155 / KOTA TINGGI
BADAN GABUNGAN MAJLIS BELIA DAERAH
MAJLIS BELIA FELDA
MAYC
MOTTO SEMANGAT USAHA MAJU
Tuesday, December 4, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment